Perbadanan Stadium Negeri Sarawak Office Laman web ini telah dibangunkan untuk memuatkan maklumat yang terkini, yang sedang dan bakal diadakan di Perbadanan Stadium Negeri Sarawak sebagai menyempurnakan penyampaian fakta yang sebenar lewat maya.Ianya mudah untuk di akses oleh orang awam di seluruh dunia, kerana kita telah melangkah maju ke arah dunia tanpa sempadan,Sehubungan itu, segala aktiviti yang berlaku di Perbadananan Stadium Negeri Sarawak dapat disaksikan melalui gambar-gambar yang tertera di laman web ini.Maklumat ini juga boleh dijadikan sebagai sejarah atau kronologi aktiviti-aktiviti yang diadakan di kompleks PSNS.Kalendar aktiviti dan kadar caj sewa masa kini juga dipaparkan untuk memudahkan orang awam membuat tempahan melalui ebooking,di samping sebagai saluran informasi kepada pengunjung laman web ini. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Logo Perbadanan Stadium Negeri Sarawak PERBADANAN STADIUM NEGERI SARAWAK atau nama singkatnya P.S.N.S adalah sebuah institusi yang memainkan peranan dalam menyumbangkan ke atas kecemerlangan Sukan di Negeri Sarawak. Menurut Ordinan Pertubuhan Perbadanan Stadium Negeri Sarawak yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 7 Mac 1972 rang Undang-undang Negeri Sarawak dengan tujuan utamanya memaju serta menyediakan kemudahan-kemudahan untuk semua jenis sukan, olahraga dan permainan di tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Kerajaan, untuk meninggikan taraf kesukanan dalam Negeri ini. -Kemudahan-kemudahan sukan yang tersedia dan bertaraf antarabangsa menjadikan PSNS sebagai pusat sukan yang penting dalam menuju era yang berasaskan mutu dan profesionalisme. Stadium Negeri Sarawak, Stadium Sarawak dan Stadium Perpaduan (Stadium Tertutup) terletak di kawasan Petra Jaya kira-kira 12 km dari pusat bandaraya Kuching dan Stadium Hoki Negeri Sarawak (Padang Jenis Astoturf) terletak di kawasan seluas 1.09 hektar di Jalan Tun Razak, kira-kira 5km dari Bandaraya Kuching. -Tapak Stadium Negeri Sarawak ialah bekas Tapak Jambori Pengakap Malaysia Ke-4 yang telah diadakan pada tahun 1978.